REPUBLIC OF SINGAPORE, Saturday, 31 May 2025 – A delegation from the Ministry of Defence, Brunei Darussalam, led by Yang Mulia Poh Kui Choon, Deputy Permanent Secretary of the Ministry of Defence, attended the 22nd IISS Shangri-La Dialogue held from 30 May to 1 June 2025 at the Shangri-La Hotel, Republic of Singapore.
This year’s Dialogue featured six Plenary Sessions and three Simultaneous Special Sessions, which addressed a wide range of regional security issues. Discussions centered on geopolitical competition, risk management, and emerging security domains, including cyber, undersea, and outer space, as well as cross-regional security interlinkages and the future of regional cooperation. The Dialogue brought together over 500 delegates from government entities, defence institutions, and security establishments, representing more than 40 countries.
The 22nd Shangri-La Dialogue featured a distinguished lineup of speakers, including His Excellency Emmanuel Macron, President of the French Republic, who delivered the Keynote Address. Prime Minister of Malaysia, The Honourable Dato’ Seri Anwar Ibrahim, also delivered a Special Address, offering Malaysia’s strategic perspectives on regional security and multilateral cooperation. Their participation underscored the Dialogue’s stature as a premier arena for high-level exchanges on defence and security matters.
The discussions held during the Dialogue were highly relevant to today’s evolving security landscape, particularly in light of intensifying geopolitical rivalries, emerging threats, and shifting strategic dynamics. These discussions are critical for the Asia-Pacific region, which sits at the intersection of major power interests and increasingly faces pressures to navigate a complex and polarised international order. For Brunei Darussalam and other ASEAN member states, the Dialogue reaffirmed the importance of strategic engagement, multilateral cooperation, and regional cohesion in preserving peace, stability, and sovereignty.
The Ministry of Defence delegation comprised of officers from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Directorate of Defence Policy and the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS). In addition to attending the Dialogue sessions, the delegation also participated in several bilateral meetings. These engagements provided valuable opportunities to exchange views on mutual defence and security interests, strengthen defence diplomacy, and explore avenues for future cooperation with key regional and international partners.
Since its inception in 2002, the Shangri-La Dialogue has evolved into Asia’s premier defence and security summit. It continues to serve as a vital platform for building trust, encouraging transparency, and fostering practical cooperation among key regional and international defence stakeholders. The regular participation of the Ministry of Defence reflects Brunei Darussalam’s commitment to staying abreast of evolving regional and global security trends while strengthening strategic ties with leaders, policymakers, and academics from around the world.
DELEGASI KEMENTERIAN PERTAHANAN HADIRI DIALOG SHANGRI-LA KE-22 ANJURAN IISS
REPUBLIK SINGAPURA, Sabtu, 31 Mei 2025 – Delegasi daripada Kementerian Pertahanan, Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh Yang Mulia Poh Kui Choon, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, telah menghadiri Dialog Shangri-La ke-22 anjuran IISS, yang berlangsung dari 30 Mei hingga 1 Jun 2025 di Hotel Shangri-La, Republik Singapura.
Dialog tahun ini merangkumi enam Sesi Plenari dan tiga Sesi Khas Serentak yang membincangkan pelbagai isu keselamatan serantau. Diantaranya ialah mengenai persaingan geopolitik, pengurusan risiko, bidang keselamatan baharu seperti keselamatan siber, dasar laut, dan angkasa lepas, hubungan keselamatan merentasi wilayah, serta kerjasama serantau masa hadapan. Dialog ini telah disertai lebih 500 delegasi daripada pihak kerajaan, institusi pertahanan dan penubuhan keselamatan, daripada hampir 40 negara.
Dialog Shangri-La ke-22 menampilkan barisan penceramah terkemuka, termasuk Presiden Republik Perancis, Tuan Yang Terutama Emmanuel Macron, yang telah menyampaikan Ucapan Utama. Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim, turut menyampaikan Ucapan Khas yang mengetengahkan perspektif strategik Malaysia berhubung keselamatan serantau dan kerjasama pelbagai hala. Penyertaan kedua-dua pemimpin ini menyerlahkan kedudukan Dialog tersebut sebagai arena bagi pertukaran pandangan peringkat tinggi dalam bidang pertahanan dan keselamatan.
Perbincangan yang diadakan semasa Dialog ini dinilai relevan dengan landskap keselamatan semasa, khususnya dalam konteks persaingan geopolitik yang semakin sengit, ancaman baharu yang muncul, dan dinamik strategik yang berubah-ubah. Perbincangan ini dilihat signifikan bagi rantau Asia Pasifik yang kini berada di tengah-tengah kepentingan kuasa besar dan berhadapan dengan tekanan untuk mengemudi persekitaran antarabangsa yang semakin kompleks dan terbahagi. Bagi Negara Brunei Darussalam dan negara anggota ASEAN yang lain, Dialog ini menegaskan semula kepentingan keterlibatan strategik, kerjasama pelbagai hala, dan perpaduan serantau dalam memelihara keamanan, kestabilan, dan kedaulatan.
Delegasi Kementerian Pertahanan terdiri daripada pegawai-pegawai dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Jabatanarah Dasar Pertahanan dan Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB). Selain menghadiri sesi Dialog, delegasi juga telah mengadakan beberapa mesyuarat dua hala. Pertemuan ini memberikan peluang yang bernilai untuk bertukar pandangan mengenai kepentingan bersama dalam bidang pertahanan dan keselamatan, mengukuhkan diplomasi pertahanan, serta meneroka ruang kerjasama dengan rakan-rakan serantau dan antarabangsa.
Sejak penubuhannya pada tahun 2002, Dialog Shangri-La terus berkembang sebagai salah satu persidangan pertahanan yang terkemuka di Asia. Ia berperanan sebagai platform penting bagi membina kepercayaan, menggalakkan ketelusan, dan memupuk kerjasama praktikal dalam kalangan pihak berkepentingan di bidang pertahanan serantau dan antarabangsa. Penyertaan berterusan Kementerian Pertahanan mencerminkan komitmen Negara Brunei Darussalam untuk mengikuti perkembangan semasa dalam landskap keselamatan serantau dan global, serta memperkukuh hubungan strategik dengan pemimpin, penggubal dasar, dan ahli akademik dari seluruh dunia.