Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MINISTER AT THE PRIME MINISTER’S OFFICE AND MINISTER OF DEFENCE II RECEIVES COURTESY CALL BY THE AMBASSADOR EXTRAORDINARY AND PLENIPOTENTIARY OF THE JAPAN TO BRUNEI DARUSSALAM



​BANDAR SERI BEGAWAN,  03 June 2025 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II received a courtesy call from His Excellency Kikuta Yutaka, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of Japan to Brunei Darussalam, today.


During the call, Yang Berhormat extended his heartfelt congratulations to His Excellency on his recent appointment, wishing him every success in his new role. The discussion highlighted the longstanding friendship and mutual respect shared between Brunei Darussalam and Japan. 


Both parties expressed their commitment to further advancing bilateral defence cooperation, not only through established frameworks but also by exploring opportunities for collaboration in multilateral settings, with a shared aspiration to contribute to regional peace and security.


His Excellency Kikuta Yutaka had presented his Letter of Credence to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on 21 April 2025. 








MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI PERTAHANAN KEDUA MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA DUTA BESAR ISTIMEWA DAN MUTLAK JEPUN KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


Bandar Seri Begawan, 03 Jun 2025 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua telah menerima kunjungan hormat pada hari ini daripada Tuan Yang Terutama Kikuta Yutaka, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam.


Semasa kunjungan tersebut, Yang Berhormat merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Tuan Yang Terutama atas pelantikan beliau yang baharu, dan mengharapkan kejayaan yang berterusan dalam menjalankan tanggungjawab tersebut. Perbincangan tersebut menekankan hubungan persahabatan yang telah lama terjalin serta saling menghormati antara Negara Brunei Darussalam dan Jepun. 


Kedua-dua pihak turut menyatakan komitmen untuk terus memperkukuhkan kerjasama pertahanan dua hala, bukan sahaja melalui rangka kerja yang sedia ada tetapi juga dengan meneroka peluang kerjasama dalam platform pelbagai hala, demi menyumbang kepada keamanan dan keselamatan serantau.


Tuan Yang Terutama Kikuta Yutaka telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang-Dipertuan Negara Brunei Darussalam pada 21 April 2025.​


Attachments