Skip Ribbon Commands
Skip to main content
18TH ASEAN DEFENCE MINISTERS’ MEETING PLUS EXPERTS’ WORKING GROUP ON PEACEKEEPING OPERATIONS, 4TH WOMEN, PEACE AND SECURITY SEMINAR AND HANDOVER CEREMONY


Tokyo, Tuesday 5 December 2023 The 18th ASEAN Defence Ministers’ Meeting Plus (ADMM-Plus) Experts’ Working Group on Peacekeeping Operations (EWG on PKO) and 4th Women, Peace and Security (WPS) Seminar, 4th cycle, 2021-2023 has successfully convened through both physical and virtual meeting held at the TKP Ichigaya Conference Centre in Shinjuku, Tokyo, Japan today. 


The meeting was co-chaired by Senior Colonel Nguyen Nhu Canh, Deputy Director, Vietnam Department of Peacekeeping Operations, Ministry of National Defence, the Socialist Republic of Viet Nam and Matsuzawa Tomoko, Director for Defence Cooperation in the Indo-Pacific Region, Indo-Pacific Regional Policy Division, Ministry of Defense Japan.


In attendance were Colonel Norsuriati binti Haji Sharbini, Head of Judge Advocate General Royal Brunei Armed Forces (RBAF) as the Head of Delegation, and Major Lizawati binti Haji Suhaili, Staff Officer II Analyst, Joint Force Headquarters Royal Brunei Armed Forces (JFHQ RBAF). Also present virtually was a representative from the Directorate of Defence Policy, Ministry of Defence. The meeting has brought together 40 participants and representatives from ASEAN countries, ASEAN-Plus countries and ASEAN Secretariat as well as from the United Kingdom as an observer.


The event commenced with presentations from the guest speakers who shared information and experiences about various agendas of Conflict-Related Sexual Violence (CRSV) on women and girls as part of the WPS agenda. The WPS is one of the main agendas under the ADMM-Plus EWG on PKO, which serves as an avenue to deliberate, share experiences, recommend practical actions and in delivering the existing commitments for advancing women’s participation in the field of Peacekeeping Operations. 


After the WPS seminar, the event was followed by the 18th ADMM-Plus EWG on PKO, which observed a report from the Co-Chairs highlighting several activities and developments throughout the 4th cycle, 2021-2023.  Both the Socialist Republic of Viet Nam and Japan also highlighted one of the significant milestones in initiating the inaugural Competency Evaluation Programme for Prospective United Nations Peacekeepers (CEPPP) from 6 to 22 September 2023 in Hanoi, Socialist Republic of Viet Nam with the participation of about 300 peacekeeping experts, trainees, and observers from ADMM-Plus member countries. The Co-Chairs also shared that the CEPPP event marks the final activity of the EWG on PKO within the framework of ADMM-Plus, which aimed to enhance the coordination capability and peacekeeping skills of the prospective UN peacekeepers, to foster practical cooperation in United Nations PKO among members, and further reaffirm their roles and commitments in collective efforts to maintain peace and security.


Towards the end of the meeting, the Socialist Republic of Viet Nam and Japan announced the Co-Chairs for the 2024-2027, whereby Brunei Darussalam will be co-hosting the 5th cycle of the ADMM-Plus EWG on PKO and WPS with the People’s Republic of China.  A handing over ceremony of the ADMM-Plus EWG on PKO officially marks the conclusion of the Socialist Republic of Viet Nam and Japan’s Chairmanship.











MESYUARAT MENTERI-MENTERI PERTAHANAN ASEAN PLUS (ADMM-PLUS) KUMPULAN KERJA PAKAR BAGI OPERASI PENGAMANAN KE-18, SEMINAR WANITA, KEAMANAN DAN KESELAMATAN KE-4, DAN MAJLIS PENYERAHAN

Tokyo, Selasa 05 Disember 2023 – Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN Plus (ADMM-Plus) Kumpulan Kerja Pakar Operasi Pengamanan ke-18 dan Seminar Wanita, Keamanan dan Keselamatan kali ke-4 bagi kitaran ke 4, 2021-2023 telah dengan jayanya dilaksanakan secara fizikal dan maya yang bertempat di Pusat Persidangan TKP Ichigaya, Shinjuku, Tokyo, Jepun hari ini. 


Mesyuarat tersebut dipengerusikan bersama oleh Senior Colonel Nguyen Nhu Canh, Timbalan Pengarah Jabatan Operasi Pengamanan, Republik Sosialis Viet Nam, dan Matsuzawa Tomoko, Pengarah Kerjasama Pertahanan Wilayah Indo-Pasifik, Bahagian Dasar Wilayah Indo-Pasifik, Kementerian Pertahanan Jepun.


Turut hadir bagi mesyuarat tersebut ialah Kolonel Norsuriati binti Haji Sharbini, Ketua Perundangan Tentera, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) selaku Ketua Delegasi, dan Mejar Lizawati binti Haji Suhaili, Timbalan Pegawai Turus II Analisa, Markas Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MAB ABDB). Manakala ikut serta secara maya ialah wakil daripada Jabatanarah Dasar Pertahanan, Kementerian Pertahanan. Mesyuarat ini telah disertai oleh 40 peserta dan wakil dari negara-negara ASEAN, negara-negara ASEAN-Plus dan Sekretariat ASEAN serta dari United Kingdom sebagai pemerhati.


Acara dimulakan dengan pembentangan daripada penceramah jemputan yang menyampaikan perkongsian maklumat dan pengalaman tentang pelbagai agenda Keganasan Seksual Berkaitan Konflik (CRSV) ke atas wanita dan anak-anak perempuan sebagai sebahagian daripada agenda Seminar Wanita, Keamanan dan Keselamatan. Seminar tersebut merupakan salah satu agenda utama di bawah Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN-Plus Kumpulan Kerja Pakar Operasi Pengamanan yang berfungsi sebagai saluran untuk membincangkan dan perkongsian pengalaman, mengesyorkan tindakan praktikal dan dalam menyampaikan komitmen yang sedia ada untuk memajukan penyertaan wanita dalam bidang Operasi Pengamanan.


Sejurus selepas seminar tersebut, acara diikuti dengan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN-Plus (ADMM-Plus) Kumpulan Kerja Pakar Operasi Pengamanan ke-18 dimana kedua-dua pengerusi bersama menyampaikan laporan yang mengetengahkan beberapa aktiviti dan perkembangan sepanjang kitaran ke-4, 2021-2023. Kedua-dua buah negara, Sosialis Republik Viet Nam dan Jepun, juga turut menyampaikan salah satu pencapaian penting iaitu perlaksanaan Program Penilaian Kompetensi bagi Bakal Pengamanan Bangsa-Bangsa Bersatu (CEPPP) yang buat julung kalinya diadakan pada 6 hingga 22 September 2023 di Hanoi, Republik Sosialis Viet Nam dengan penyertaan kira-kira 300 pakar pengamanan, jurulatih, dan pemerhati dari negara-negara ADMM-Plus. Pengerusi bersama juga mengkongsikan bahawa acara CEPPP merupakan aktiviti terakhir Kumpulan Kerja Pakar bagi Operasi Pengamanan dalam rangka kerja ADMM-Plus yang bertujuan untuk meningkatkan keupayaan penyelarasan dan kemahiran bakal pengamanan Bangsa-Bangsa Bersatu, memupuk kerjasama praktikal dalam pengamanan Bangsa-Bangsa Bersatu di kalangan ahli, dan seterusnya mengesahkan peranan dan komitmen dalam usaha kolektif untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan.


Republik Sosialis Viet Nam dan Jepun seterusnya mengumumkan Pengerusi Bersama yang baru bagi tahun 2024-2027, di mana Negara Brunei Darussalam akan menjadi tuan rumah bersama Republik Rakyat China bagi kitaran ke-5 dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN-Plus Kumpulan Kerja Pakar Operasi Pengamanan dan Seminar Wanita, Keamanan dan Keselamatan. Majlis penyerahan jawatan secara rasminya mengakhiri pengerusian Sosialis Republik Viet Nam dan Jepun bagi tahun 2021-2023.


Attachments