BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 22 April 2025 - Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received a farewell call from Colonel Russ Corwin, Non-Resident Defence Attache of The United States of America accredited to Brunei Darussalam this afternoon. Also in attendance were the Deputy Commander RBAF, Chief of Staff RBAF and Director of Intelligence.
During the call, Commander of the Royal Brunei Armed Forces expressed his appreciation to Colonel Corwin for his valuable contributions in assisting towards strengthening the relationship and cooperation between the Royal Brunei Armed Forces and the United States through defence courses and trainings. Both parties reflected on the longstanding and close ties that have been developed over the years and engaged in discussions on ongoing engagements, as well as potential avenues for future collaboration.
Colonel Russ Corwin was appointed as the Non-Resident Defence Attache of The United States of America accredited to Brunei Darussalam since 29 August 2022.

PEMERINTAH ABDB MENERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DARIPADA ATASE PERTAHANAN AMERIKA SYARIKAT YANG TIDAK MENETAP KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BOLKIAH GARISON, Selasa, 22 April 2025 – Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima kunjungan perpisahan daripada Kolonel Russ Corwin, Atase Pertahanan Amerika Syarikat yang tidak menetap ke Negara Brunei Darussalam hari ini. Turut hadir adalah Timbalan Pemerintah ABDB, Ketua Staf ABDB dan Pengarah Perisikan.
Semasa kunjungan tersebut, Pemerintah ABDB merakamkan penghargaan kehadap Kolonel Russ Corwin atas bantuan beliau dalam memperkukuhkan jalinan hubungan dan kerjasama antara ABDB dan Amerika Syarikat melalui penyertaan kursus dan latihan pertahanan. Kedua-dua pihak turut menghargai hubungan rapat yang telah terjalin serta membincangkan penglibatan yang sedang berlangsung dan perancangan kerjasama di masa akan datang.
Kolonel Russ Corwin telah dilantik sebagai Atase Pertahanan Amerika Syarikat yang tidak menetap ke Negara Brunei Darussalam sejak 29 Ogos 2022.