
MUKIM SABA, Thursday, 24 April 2025 - The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held a handover ceremony for the Titian Amal Project, which focused on repairing the Balai Ibadah Kampong Saba in conjunction with the celebration of the RBAF’s 63rd Anniversary. The ceremony took place at the Balai Ibadah Kampong Saba, Mukim Saba, Brunei-Muara District marked the successful completion of the community outreach initiative.
The ceremony was officiated by the Guest of Honour, Yang Mulia Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Deputy Commander of the RBAF.
Also in attendance were Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin, Member of the Legislative Council and Penghulu of Mukim Lumapas; the Acting District Officer of Brunei-Muara; Director of Public Works Department and Acting Director of Mosque Affairs; Senior Officers from the RBAF and the Ministry of Defence; the Acting Penghulu of Mukim Saba; and representatives from sponsoring companies; Adinin and Sons Private Limited; and OSCO Private Limited.
The ceremony commenced with a recitation of the Surah Al-Fatihah and a Tazkirah delivered by Yang Mulia Captain Nasyrul Wafiy bin Mahdin, Deputy Staff Officer for Operations and Dakwah, RBAF Religious Directorate (JAMA’AT). Following this, Yang Mulia Major (U) Abdul Haqim bin Haji Yahya, the Chairman for the Titian Amal Project Balai Ibadah Kampong Saba, provided a comprehensive briefing on the progress report outlining the project’s implementation.
The Deputy Commander of the RBAF subsequently handover a commemorative plaque to the Head Imam of the Balai Ibadah Kampong Saba and presented tokens of appreciation to the sponsors, acknowledging their significant support and valuable contributions to the project’s success. The event concluded with a group photo session.
The Titian Amal Project is an annual community outreach initiative undertaken by the RBAF in conjunction with its Anniversary. This project reinforces the RBAF’s dedication to strengthening ties with the local community and promoting social well-being through volunteerism. The initiative also fosters collaboration between RBAF personnel, Government Agencies, stakeholders, and local residents, highlighting the RBAF’s ongoing commitment to community welfare and social cohesion.

BEFORE AFTER

BEFORE AFTER.
MAJLIS PENYERAHAN PROJEK TITIAN AMAL SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI YANG KE-63 DI KAMPONG SABA, MUKIM SABA, DAERAH BRUNEI DAN MUARA
MUKIM SABA, Khamis, 24 April 2025 – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Penyerahan Projek Titian Amal, yang memberikan tumpuan kepada pembaikan Balai Ibadah Kampong Saba sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB yang ke-63. Majlis tersebut telah berlangsung di tapak Projek Titian Amal bertempat di Balai Ibadah, Kampung Saba, Mukim Saba, Daerah Brunei dan Muara, sekaligus menandakan sempurnanya inisiatif-inisiatif aktiviti kemasyarakatan pada tahun ini.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Tetamu Kehormat, Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Timbalan Pemerintah ABDB.
Turut hadir ialah Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin, Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Penghulu Mukim Lumapas, Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara; Pengarah Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan dan Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Pegawai-pegawai Kanan ABDB dan Kementerian Pertahanan, Pemangku Penghulu Mukim Saba serta Syarikat-syarikat Penaja; Syarikat Adinin dan Anak-anak Sendirian Berhad; dan OSCO Sendirian Berhad.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Tazkirah yang disampaikan oleh Yang Mulia Kapten Nasyrul Wafiy bin Mahdin, Pegawai Staf Timbalan Pegawai Turus Gerakan dan Dakwah Agama, Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT). Sejurus itu, Yang Mulia Mejar (U) Abdul Haqim bin Haji Yahya, Pengerusi Projek Titian Amal Balai Ibadah Kampong Saba, telah menyampaikan Taklimat komprehensif mengenai Laporan Kemajuan yang menggariskan pelaksanaan Projek.
Timbalan Pemerintah ABDB kemudiannya menyerahkan plak cenderahati kepada Ketua Imam Balai Ibadah Kampong Saba dan seterusnya, menyampaikan tanda penghargaan kepada para Penaja-penaja bagi mengiktiraf sokongan besar dan sumbangan berharga mereka dalam menjayakan projek ini. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama.
Projek Titian Amal ialah inisiatif tahunan aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan sempena Hari Ulang Tahun ABDB. Projek ini mencerminkan dedikasi ABDB untuk mengukuhkan hubungan dengan masyarakat setempat dan mempromosikan kesejahteraan sosial melalui kesukarelawanan. Disamping itu, inisiatif ini juga diharap dapat memupuk kerjasama antara anggota ABDB, Agensi-agensi Kerajaan, pihak-pihak berkepentingan, dan penduduk tempatan dalam membuktikan komitmen berterusan ABDB terhadap kebajikan masyarakat dan perpaduan sosial.