
PENANJONG GARRISON, Friday, 25 April 2025 – A total of 133 male recruits from Intake 176 have successfully concluded their Basic Military Training with a Passing Out Parade Ceremony held at the Parade Square of the Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF), Penanjong Garrison this
morning.
Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the Royal Brunei Air Force (RBAirf). Also in attendance were Deputy Service Commanders, Senior Officers, officers and personnel of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) along with family of the recruits.
The ceremony commenced with a parade inspection by the Guest of Honour, followed by a speech. In his remarks, he highlighted the core values of the RBAF, with particular emphasis on discipline, resilience, and the need to strengthen physical, mental, and spiritual strength. He underscored the vital role the recruits will play in safeguarding the peace, sovereignty, and security of Brunei Darussalam. In addition, he also expressed his heartfelt congratulations and encouraged them to uphold the highest standards of integrity and professionalism as they begin their service in the RBAF.
As recognition of their outstanding performances throughout the training, awards were presented to the recruits and instructors who excelled in their respective categories. The Overall Best Recruit was awarded to Recruit Mohammad Farish Amanullah bin Mohammad Sidque, the Best in Military Skills was awarded to Recruit Mohammad Khairul Anizam bin Suqairi, RBN, the Best in Light Weapon Training was awarded to Recruit Mohd Nur Izuddin Shah bin Aman and the Best in Physical Training was awarded to Recruit Muhammad Danish Wathiq Amsyar bin Zaini.
In addition, the Best Section Commander Award was presented to
Leading hand Hamirul Hamiduddin bin Mohd Hamran, while the Best Platoon Sergeant Award was awarded to Sergeant Muhammad Zulfauzan bin Ajis for their exceptional leadership and commitment throughout the training.
The ceremony concluded with the recitation of
doa by Yang Mulia Captain Abdul Mu’iz Azizi bin Zulkifli, from the RBAF Religious Directorate
(JAMA’AT).
This Passing Out Parade not only marks the successful completion of Basic Military Training, but also signifies the recruits transformation into full-fledged soldiers of the RBAF. It is a proud milestone that reflects their dedication, perseverance, and readiness to serve the nation with honour, discipline and unwavering commitment.





UPACARA PERBARISAN TAMAT LATIHAN REKRUT LELAKI PENGAMBILAN KE-176 ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
PENANJONG GARISON, Jumaat, 25 April 2025 – Seramai 133 Rekrut Lelaki Pengambilan Ke-176 telah berjaya menamatkan Latihan Asas Ketenteraan mereka melalui Upacara Perbarisan Tamat Latihan yang berlangsung di Padang Kawad Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), Penanjong Garison pagi ini.
Hadir menyempurnakan majlis selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB). Turut hadir
ialah Timbalan-timbalan Pemerintah Angkatan Tentera, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai serta anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berserta ahli-ahli keluarga para rekrut yang diraikan.
Upacara dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan oleh Tetamu Kehormat, diikuti dengan penyampaian ucapan. Dalam ucapannya, beliau menekankan nilai-nilai teras ABDB, khususnya penekanan terhadap disiplin, ketabahan, serta keperluan memperkukuhkan ketahanan fizikal, mental dan kerohanian. Beliau turut menggariskan peranan penting yang akan dimainkan oleh para rekrut dalam menjaga keamanan, kedaulatan dan keselamatan Negara Brunei Darussalam. Disamping itu, beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan menggalakkan mereka untuk terus mengamalkan tahap integriti dan profesionalisme yang tinggi sepanjang perkhidmatan dalam ABDB.
Sebagai penghargaan kepada prestasi cemerlang sepanjang latihan, anugerah-anugerah telah disampaikan kepada rekrut-rekrut dan jurulatih-jurulatih yang menunjukkan kecemerlangan dalam kategori masing-masing. Rekrut Terbaik Keseluruhan disandang oleh Rekrut Mohammad Farish Amanullah bin Mohammad Sidque, Kemahiran Ketenteraan Terbaik disandang oleh Rekrut (L) Mohammad Khairul Anizam bin Suqairi, TLDB, Latihan Senjata Ringan Terbaik disandang Rekrut Mohd Nur Izuddin Shah bin Aman dan Latihan Jasmani Terbaik disandang oleh Rekrut Muhammad Danish Wathiq Amsyar bin Zaini.
Selain itu, Anugerah Ketua Seksyen Terbaik diberikan kepada Laskar Kanan Hamirul Hamiduddin Bin Mohd Hamran, TLDB. Manakala, Platun Sarjan Terbaik disandang oleh Sarjan Muhammad Zulfauzan bin Ajis atas kepimpinan dan komitmen yang cemerlang disepanjang latihan.
Upacara diakhiri dengan bacaan doa oleh Kapten Abdul Mu’iz Azizi bin Zulkifli daripada Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT).
Upacara Perbarisan Tamat Latihan ini bukan sahaja menandakan berakhirnya latihan asas ketenteraan, tetapI turut meraikan transformasi mereka sebagai anggota tentera ABDB sepenuhnya. Ia merupakan satu pencapaian yang membanggakan, mencerminkan dedikasi, ketekunan dan kesiapsiagaan mereka untuk berbakti kepada negara dengan penuh kehormatan, disiplin dan komitmen yang tinggi.