PRIME MINISTER’S OFFICE, Wednesday, 3 July 2024 - Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II, received a Farewell Call from His Excellency John Virgoe, the British High Commissioner to Brunei Darussalam today.
During the Farewell Call, the Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II expressed profound appreciation for the close relations between Brunei Darussalam and the United Kingdom, nurtured through bilateral and multilateral platforms. Both sides also conveyed their hope to further enhance and strengthen the cooperation.
Brunei Darussalam established formal diplomatic relations with the United Kingdom on 1 January 1984, and this year marks the 40th anniversary of the diplomatic ties, symbolising a significant milestone in the bilateral relationship. Over the years, the two nations have enjoyed long-standing, warm and friendly relations, characterised by mutual respect and cooperation. His Excellency John Virgoe presented his Letters of Credence to His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on 9 September 2020.
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI PERTAHANAN II MENERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DARI PESURUHJAYA TINGGI BRITISH KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
JABATAN PERDANA MENTERI, Rabu, 3 Julai 2024 - Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, menerima Kunjungan Perpisahan daripada Tuan Yang Terutama John Virgoe, Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam hari ini.
Semasa Kunjungan Perpisahan tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas hubungan erat antara Negara Brunei Darussalam dan United Kingdom, yang dipupuk melalui platform dua hala dan pelbagai hala. Kedua belah pihak juga menyampaikan harapan mereka untuk terus meningkatkan dan mengukuhkan Kerjasama.
Negara Brunei Darussalam menjalinkan hubungan diplomatik rasmi dengan United Kingdom pada 1 Januari 1984, dan tahun ini menandakan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik, melambangkan pencapaian penting dalam hubungan dua hala. Kedua-dua buah negara telah membina hubungan mesra dan akrab yang telah lama terjalin, dicirikan oleh sikap saling menghormati dan bekerjasama. Tuan Yang Terutama John Virgoe telah menyampaikan Watikah Tauliah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 9 September 2020.